Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6

Rangkaian Rockstar Diceroboh, Sahkan Rakaman ‘Gameplay’ GTA 6 Yang Tertiris

Diterbitkan September 19, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak semalam, dilaporkan lebih 90 rakaman gameplay permainan video Grand Theft Auto (GTA) 6 telah tertiris melalui platform GTAForum. Terbaharu, Rockstar mengesahkan rakaman permainan video GTA 6 yang tertiris dalam talian telah dicuri daripada rangkaiannya.

Melalui ciapan di Twitter pada hari ini, Rockstar memaklumkan baru-baru ini rangkaiannya telah diceroboh di mana penggodam telah memperoleh akses dan memuat turun data sulit secara haram daripada sistem mereka, termasuk rakaman pembangunan awal bagi GTA 6.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Dikatakan Ini 'Gameplay' GTA 6, Grafik Lebih Baik Dari GTA 5

Rockstar turut meluahkan rasa kecewa mengenai butiran permainan video akan datang yang dikongsi dengan cara demikian.

A Message from Rockstar Games pic.twitter.com/T4Wztu8RW8

— Rockstar Games (@RockstarGames) September 19, 2022

Dalam pada itu, Rockstar menyatakan pembangunan GTA 6 akan diteruskan seperti yang dirancang dan akan tetap komited seperti biasa, serta bakal memperkenalkan GTA 6 dengan cara yang betul apabila sudah bersedia.

Mengenai rakaman yang tertiris termasuk di Twitter dan sebagainya, video tersebut kini sudah pun di buang berikutan tertakluk kepada privasi dan hak cipta.

Sumber: Rockstar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY