'Lipas Cyborg', Boleh Digunakan Untuk Operasi Menyelamat

Kehadiran lipas di mana-mana pastinya meloyakan tekak dan memberi petunjuk tahap kebersihan sesebuah kawasan. Kata orang, lipas yang terbang bukan lagi lipas. Namun, setiap makhluk Tuhan ada manfaat pada alam walaupun ia dibenci makhluk lain.

Bagaimanapun, sekumpulan penyelidik di Nanyang Technological University (NTU), Singapura telah mencipta "lipas cyborg" yang dalam dunia nyata telah menyelamatkan ratusan nyawa manusia.

Pasukan yang diketuai Profesor Madya Hirotaka Sato di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa ini telah memilih lipas daripada spesis Madagascar dan menjadikannya "cyborg" dengan menyertakannya dengan "beg" yang mengandungi pelbagai sensor dan kamera inframerah yang hanya seberat 5.5 gram.

Tujuan lipas ini dilengkapkan sedemikian adalah untuk digunakan semasa bencana seperti untuk mengesan manusia yang terperangkap ketika terperangkap dan mengesan gas berbahaya.

Lipas Madagascar ini terkenal dengan saiz yang lebih besar daripada lipas biasa dan dapat bertahan daripada radiasi 10 kali ganda berbanding manusia serta mampu hidup sehingga seminggu tanpa kepala. Secara teori, sekitar 500 ekor 'lipas cyborg' ini akan dilepaskan untuk kawasan seluas 5km persegi.

Sumber: The Straits Times

Gambar utama: The Straits Times

Baca juga: