Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer

Ciri Google Maps speedometer akan berubah warna sekiranya anda melebih had laju di sesuatu kawasan.


Sekiranya anda menggunakan aplikasi Google Maps ketika sedang memandu kenderaan, anda kini boleh menyemak kelajuan kenderaan anda dengan mengaktifkan ciri speedometer yang diperkenalkan dalam aplikasi tersebut.

Selain menyemak kelajuan kenderaan, ia juga akan memaparkan amaran menerusi perubahan warna sekiranya anda memandu lebih daripada had laju yang dibenarkan untuk jalan tersebut.

Untuk mengaktifkan ciri ini pada Google Maps, sentuh pada bahagian Menu . Kemudian di bahagian Setting, pilih Navigation Settings. Seterusnya di bahagian ini aktifkan ciri Speedometer.



Selepas mengaktifkannya, speedometer akan memaklumkan kepada anda sekiranya anda memandu lebih had laju jalan tersebut menerusi perubahan warna pada penunjuk kelajuan.



Google menyatakan bahawa fungsi speedometer disediakan untuk "tujuan maklumat sahaja", bukan sebagai info mutlak kepada penggunanya.

Ciri ini merupakan salah satu ciri baru yang diperkenalkan oleh Google untuk pengguna aplikasi Google Maps selain daripada ciri-ciri menarik yang lain termasuklah melaporkan lokasi palsu dan mainkan lagu pada aplikasi Google Maps.