Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG StanbyME Go Portable Smart Touch Screen

LG Kini Ada TV Yang Disimpan Dalam Beg, Mudah Nak ‘Healing’ Sambil Layan Netflix

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh ariff bukhari

LG sudah mula menjual produk mereka yang boleh dikatakan agak pelik iaitu tv mudah alih dengan ciri skrin sentuh yang dibawa dari dalam beg yang menyerupai sebuah “beg pakaian”.

TV yang dikenali sebagai LG StanbyME Go Portable Smart Touch Screen itu sudah pun mula dibuka pra tempah yang berharga USD999.99 (~RM4,700).

LG StanbyME Go menggunakan skrin LCD bersaiz 27 inci (FHD 1080P (1,920 x 1,080) dengan kadar segar semula 60Hz, dimuatkan dengan 4 pembesar audio terbina (Dolby Atmos) yang menyokong ciri AirPlay , didatangkan dengan alat kawalan jauh, dioperasikan oleh sistem operasi webOS serta menyokong ciri pengenalan suara pintar dengan adanya kecerdasan buatan.

Untuk sambungan pula ia dilengkapi sambungan HDMI, Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 5. Berat keseluruhan LG StanbyME Go ini adalah seberat 14.78kg termasuk bateri terbinanya.

LG StanbyME Go Portable Smart Touch Screen

Menurut laman rasmi LG, mereka menyatakan permintaan ke atas produk terbaru mereka itu begitu tinggi. Jadi dijangkakan akan berlaku sedikit kelewatan penghantaran produk itu kepada pelanggan yang sudah menempahnya.

Buat masa ini, LG StanbyME Go Portable Smart Touch Screen hanya dijual untuk pasaran AS sahaja.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Neo QLED QN85C - Cukup 'Power' Walaupun Bukan OLED
  • Meta Umum Model AI SeamlessM4T Untuk Terjemahan Pertuturan Sehingga 100 Bahasa
  • Ini Bukan Bahan Jenaka Tapi Memang Betul, Razer Keluarkan Pencukur Edisi Terhad

Sumber: LG, The Verge

(Beli pelbagai produk LG dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY