Sebelum ini, OnePlus telah menggunakan teknologi Hasselblad untuk peranti mereka dan jenama tersebut tertera pada kamera telefon OnePlus.
Kerjasama 3 tahun antara OPPO dan Hasselblad ini adalah untuk membangunkan teknologi kamera bagi siri andalan OPPO iaitu siri Find.
Dengan nama Hasselblad Camera for Mobile, mereka akan menambah baik dari segi perisian untuk penalaan warna semula jadi dengan meningkatkan kalibrasi warna dan memberi fokus untuk mencipta penanda aras baharu untuk prestasi warna yang dihasilkan kamera telefon.
Dengan itu, OPPO juga mengesahkan telefon seterusnya dalam siri Find X yang akan dilancarkan suku pertama tahun 2022 akan memanfaatkan kerjasama antara mereka dengan menggunakan penjenamaan "OPPO | Hasselblad Camera for Mobile" buat pertama kalinya.
Ini bermakna telefon Find X seterusnya dengan teknologi Hasselblad akan dilancarkan selewat-lewatnya Mac ini.
OPPO berkata keseluruhan sistem kamera telefon mereka selepas ini akan membawakan hasil gambar dengan warna yang semula jadi secara konsisten merentasi semua situasi.
Sumber: Siaran Akhbar OPPO
Baca juga:
- OPPO Jumpa Cara Selesaikan Masalah Bonggol Kamera Tebal, Akan Perkenal Minggu Depan
- O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol
- Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
Berkaitan
- OPPO Find X5 Pro Rasmi Di Malaysia, 8 Gen 1 Dengan Hasselblad Untuk RM4,999
- Menang OPPO A95 Dengan Hanya Tonton Perlawanan Harimau Malaya
- OPPO A78 5G Didagangkan Di Malaysia Pada Harga RM1,099
- OPPO Reno8 Z Dipasarkan Untuk RM1,799 Di Malaysia
- OPPO Pad Dilancar, Guna Snapdragon 870 Dan Ada Stylus
- OPPO Janji 4 Versi ColorOS Untuk Peranti Kelas Andalan Terpilih
- OPPO A95 Dirasmi, RAM Boleh Ditambah Sehingga 5GB
- OPPO Jumpa Cara Selesaikan Masalah Bonggol Kamera Tebal, Akan Perkenal Minggu Depan
- Xiaomi, OPPO, vivo Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 20%
- Anda Boleh Dapatkan TWS Dari OPPO (RM109) Pada Harga RM1 Sahaja