Serangan ransomware terhadap CD Projekt Red yang merupakan pembangun Cyberpunk 2077 dipercayai telah dilakukan oleh kumpulan ransomware dengan nama ‘HelloKitty’.
Semalam, CD Projekt telah mengeluarkan kenyataan pihaknya menjadi sasaran serangan ransomware yang telah mengakses rangkaian dalaman, encrypt beberapa peranti serta mengumpul data tertentu.
Important Update pic.twitter.com/PCEuhAJosR
— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) February 9, 2021
Sebagai sebahagian daripada pengumuman itu, CD Projekt turut memuat naik tangkap layar nota ransom yang ditinggalkan oleh penyerang berkenaan.
Sementara itu, seorang pengguna di Twitter, Fabian Wosar mengatakan ransomware yang terlibat dalam serangan ini dipanggil sebagai ‘HelloKitty’. Operasi ransomware ini juga dikatakan telah aktif sejak November 2020 dan menyasarkan syarikat-syarikat besar.
The amount of people that are thinking this was done by a disgruntled gamer is laughable. Judging by the ransom note that was shared, this was done by a ransomware group we track as "HelloKitty". This has nothing to do with disgruntled gamers and is just your average ransomware. https://t.co/RYJOxWc5mZ
— Fabian Wosar (@fwosar) February 9, 2021
Dalam pada itu, CD Projekt mengatakan infrastruktur IT mereka telah dilindungi dan data telah mula dipulihkan. Pihaknya juga tidak akan melayan atau berunding dengan pelaku ancaman tersebut.
CD Projekt turut mengesahkan ianya tidak melibatkan mana-mana data pemain atau pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Siasatan berhubung insiden tersebut masih dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa.
Sumber: BleepingComputer