Lenovo ThinkPad X1 Titanium Yoga - ThinkPad Ternipis Daripada Lenovo

Selain komputer riba gaming dan kemas kini siri Yoga Slim, Lenovo turut memperkenalkan ThinkPad ternipis mereka iaitu ThinkPad X1 Titanium Yoga.



Sesuai dengan nama diberi, komputer riba ini diperbuat daripada titanium dengan ketebalan hanya 11mm. Ia dilengkapi paparan jimat tenaga bersaiz 13.5 inci dengan sokongan Dolby Vision HDR serta nisbah 3:2. Bagi kepuasan pengguna, pembesar suaranya dilengkapi dengan Dolby Atmos.



Selain itu, bersama-samanya juga Lenovo memperkenalkan ThinkPad X1 Carbon Gen 9 dan X1 Yoga Gen 6 di mana kedua-duanya diberi nafas baharu iaitu paparan bernisbah 16:10.

Malah, ia turut dilengkapi ciri-ciri cahaya biru untuk perlindungan mata, butang kuasa dengan pengimbas cap jari dan ComputerVision Experiences (CVx) untuk meningkatkan ciri keselamatan.

Kedua-dua komputer riba masih menampilkan ciri Dolby Vision, Dolby Atmos dan Dolby Voice bagi memberikan pengalaman menggunakan multimedia lebih baik.



Di samping itu, tablet dengan rekaan boleh cabut - ThinkPad X12 turut diumumkan. Ia adalah sebuah komputer riba yang boleh dicabut untuk dijadikan sebagai 12.3 inci tablet.

Dilengkapi kaca tahan lasak Corning Gorilla Glass, menykong Lenovo Precision Pen/Pen Digital dan juga papan kekunci folio yang memberikan ia menjadi seperti tablet sama seperti jenama lain.

Kesemua produk ini belum ada tarikh rasmi bilakah ia akan hadir buat pasaran tempatan. Namun, harga jualannya adalah:

  • ThinkPad X1 Titanium Yoga = US$1899 (~RM7671)

  • ThinkPad X1 Carbon = US$1429 (~RM5772)

  • ThinkPad X1 Yoga = US$1569 (~RM6337)

  • ThinkPad X12 Detachable = US$1149 (~RM4641)