Kini, menerusi acara CES 2021, Lenovo mengumumkan Yoga Slim 7i Pro versi OLED pula. Seperti biasa, OLED digunakan adalah untuk memfokuskan kontras dan warna yang lebih menyerlah berbanding LCD. Tambahan lagi, panel ini dibuat daripada Samsung.
Bercakap tentang paparan, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 14 inci dengan resolusi 2880x1800 dan sokongan kadar segar semula 90Hz.
Selain kontras yang tinggi, ia juga menerima sokongan warna 100% DCI-P3, 125% sRGB dan sokongan HDR serta Dolby Vision. Malah, Lenovo mendakwa ia boleh digunakan di bawah sinaran matahari dan mampu mengurangkan cahaya biru kepada 70%.
Terbina di dalam komputer riba ini cip pemproses sehingga Intel i7 Gen-11 dan dipadankan grafik Intel Iris Xe. Namun, pilihan diberikan untuk Nvidia GeForce MX450 bagi yang mahukan grafik lebih baik.
Spesifikasi lain termasuk RAM sehingga 16GB, Bluetooth 5.0, WiFi 6, kamera IR, pembesar suara daripada Harman Kardon serta Dolby Atmos, bateri 61WHr dan penarafan Intel Evo.
Lenovo Yoga Slim 7i Pro (OLED) ini akan tersedia dalam tahun ini juga dan tiada lagi tarikh serta harga diumumkan. Namun, Yoga Slim 7i Carbon terdahulu dijual pada harga bermula RM4399.
Berkaitan
- 4 'Telco' Malaysia Mula Sedia Terima Tempahan iPhone 15 Pro Pada 22 September
- Satu Kipas Tak Cukup, Lenovo Legion 2 Pro Ada Dua Kipas
- realme Watch S Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Januari Ini
- Produk Pertama Nothing Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi
- Pengguna OnePlus 9 Pro Lapor Telefon Terlalu Panas
- Lenovo Legion Phone Duel Akan Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia 20 Oktober Ini
- Huawei Mate 50 Pro Mungkin Dikuasakan Cip Snapdragon 898
- realme 7i Akan Hadir Di Malaysia Pada 13 Oktober Ini
- Huawei Freelace Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 399
- ASUS Umum Dua Lagi ZenBook OLED, Ini Adalah Harga Tempatan