Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ACER monitor

Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja

Diterbitkan Jun 24, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh Amsyar Latif

Acer Malaysia hari ini melancarkan monitor baharu, Nitro ED343CUR H. Monitor lengkung ultra lebar ini menawarkan resolusi QHD dengan nisbah 21:9 untuk paparan lebih imersif.

Ia berukuran 34 inci dengan menggunakan panel VA dan tahap lengkungannya ialah 1000R. Sekali gus dikatakan ia dapat mempertingkatkan visual dan pada masa sama mengurangkan keletihan mata apabila digunakan dalam jangka masa yang lama.

Monitor ini turut menyokong HDR10, kadar segar semula 100Hz, masa tindak balas (VRB) 1ms, teknologi AdaptiveSync dan gamut warna 90% AdobeRGB.

Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja
Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja
Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja
Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja
Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja

Menampilkan rekaan ZeroFrame, turut hadir pencahayaan RGB untuk memberikan ‘feel’ gaming. Akhir sekali, Nitro ED343CUR H ini juga dilengkapi teknologi Acer VisionCare 2.0 dengan BlueLightShield dan Flickerless.

ED343CURH PR Banner

Bagi yang berminat, harga rasminya adalah RM1,099 dan ia sudah tersedia di pengedar sah Acer di seluruh negara termasuk di Shopee dan Lazada.

Beli produk Acer di:

Shopee – https://invl.io/cll0z37

Lazada – https://invol.co/cll0z3h

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY