Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo LOQ

Lenovo LOQ, Komputer Riba ‘Gaming’ Permulaan Berharga Dari RM3,699

Diterbitkan Jun 16, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda mahukan sebuah komputer riba ‘gaming‘ yang mampu milik, Lenovo LOQ antara pilihan yang ada di pasaran ketika ini.

Baru sahaja dilancarkan hari ini, pemain baharu boleh memilih varian  Lenovo LOQ 16IRH8 16-inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 16APH8 (berasaskan AMD) atau Lenovo LOQ 15IRH8 15-inci (berasaskan Intel) dan Lenovo LOQ 15APH8 (berasaskan AMD).

Untuk kuasa grafik, Lenovo LOQ dilengkapi dengan GPU NVIDIA dengan menampilkan suis MUX yang membolehkan GPU bersepadu dipintas melalui NVIDIA Advanced Optimus semasa sesi permainan.

Lenovo LOQ, Komputer Riba ‘Gaming’ Permulaan Berharga Dari RM3,699

Ini membolehkan kad grafik NVIDIA yang didayakan DLSS diskret untuk antara muka terus dengan paparan dan menghasilkan bingkai-sesaat yang lebih tinggi dengan kependaman yang dikurangkan, supaya permainan berjalan lebih lancar dan kelihatan lebih baik.

Apabila tidak bermain permainan, Suis MUX membenarkan komputer riba menggunakan grafik bersepadu sekaligus mengoptimumkan hayat bateri komputer riba tersebut.

Varian Lenovo LOQ 16-inci dimuatkan dengan bateri 80Whr untuk bateri bertahan sehingga 7 jam.

Manakala Lenovo LOQ 15-inci mempunyai bateri 60Whr untuk operasi sehingga 6 jam. Semua komputer riba Lenovo LOQ menyokong pengecasan pantas Super Rapid Charge.

Lenovo LOQ sudah pun boleh dibeli secara atas talian di platform e-dagang Shopee dan Lazada pada harga dari RM3,699.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Intel Buang Huruf "i" Pada Siri Core, Tambah Core Ultra Sebagai Barisan Baru Yang Lebih Berkuasa
  • Lenovo Lancar Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Bersaiz Penuh Pertama Di Dunia, Yoga Book 9i

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY