Lenovo Dedahkan Spesifikasi Cip Ryzen 3 2300X dan Ryzen 5 2500X

AMD baru-baru ini sedang rancak mempromosikan cip Ryzen Threadripper generasi ke-2 terbaru mereka. Cip tersebut ditujukan kepada kelas pengguna HEDT (High End Desktop) dengan peningkatan kiraan teras dan juga bebenang.

Bagaimana pula dengan cip Ryzen kelas pertengahan? Lenovo nampaknya telah mendedahkan serba sedikit mengenai cip Ryzen senibina Zen+ tersebut di laman sesawang mereka.



Cip yang akan digunakan di dalam produk ThinkCentre M725 itu akan menampilkan Ryzen 3 2300X dan Ryzen 5 2500X. Beberapa penambah baikan dapat dilihat lebih-lebih lagi untuk operasi clockspeed dan juga kapasiti memori.



Melihatkan nama model, dipercayai cip terbaru ini akan menggantikan cip Ryzen 3 1300X dan juga 5 1500X. Dengan Zen+, cip generasi ke-2 ini dapat ditingkatkan nilai clockspeed nya kepada 4GHz berbading cip terdahulu (3.7GHz).

Sokongan memori RAM juga telah dinaikkan sehingga DDR4 berfrekuensi 2,933MHz.

Sumber: Lenovo