Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Moto G5 Plus Tidak Akan Datang Dengan Google Assistant Buat Masa Ini

Moto G5 Plus Tidak Akan Datang Dengan Google Assistant Buat Masa Ini

Diterbitkan Mac 16, 2017 oleh Wiser MY

Setelah beberapa bulan menjadi eksklusif untuk Google Pixel, Google mengumumkan di MWC 2017 yang Google Asistant akan hadir bersama dengan telefon pintar selain Pixel. Di dalam acara yang sama, Motorola G5 dan G5 Plus telah diumumkan akan dipasang sekali dengan Google Asistant.

Malangnya buat masa ini, perkara itu tidak lagi akan terjadi. Mengikut laporan, peranti tersebut tidak datang dengan Google Asistant tetapi fungsi tersebut akan hadir pada satu tarikh kemudian melalui kemaskini perisian. Tarikh itu belum ditentukan lagi dan pengguna peranti tersebut diminta bersabar dengan kemaskini yang akan datang.

Mengikut kenyataan yang dihantar dari Lenovo kepada Gadget 360 melalui e-mel, Moto G5 menyokong fungsi Google Asistant tetapi tidak akan hadir bersama di dalam kotak. Ia akan menjadi kemaskini oleh Play Store apabila dikeluarkan oleh Google. Nampaknya Google/Lenovo tidak dapat mengotakan janji mereka setelah pengumuman rasmi telah dibuat sendiri oleh mereka.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY