Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Free Fire Catat Rekod Tontonan Live Lebih 5.4 Juta

Free Fire Catat Rekod Tontonan Live Lebih 5.4 Juta

Diterbitkan Jun 3, 2021 oleh Wiser MY

Baru-baru ini Garena mengadakan Free Fire World Series 2021 Singapore (FFWS 2021 SG), acara global pertama bagi tahun 2021.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari dari 28 hingga 30 Mei itu mencatat rekod tontonan secara langsung melebihi 5.4 juta. Ini merupakan rekod tontonan paling tinggi dalam sejarah e-sukan.

Untuk pengetahuan rekod tertinggi itu dicatat ketika pusingan pertama FFWS 2021 SG yang berlangsung di pelbagai platform kecuali platform China.

Menurut Esports Charts, rekod ini berlipat kali ganda dari rekod tertinggi dunia (2 juta) untuk pertandingan e-sukan mudah alih pada Free Fire World Series 2019 Rio.

Baca juga – Menangi Hadiah Berjumlah RM200 Ribu Melalui Pertandingan Free Fire Ini

Kejohanan itu berakhir dengan kejuaraan untuk Team Phoenix Force dari Thailand yang membawa pulang hadiah tunai US$500,000.

image008 (1)
Team Phoenix Force menjadi juara FFWS 2021 SG

Selain itu, pasukan Geek Fam dari Malaysia menduduki tempat ke-9 dan turut membawa pulang hadiah tunai sebanyak US$70,000.

Semua perlawanan yang disiar secara langsung boleh di tonton semula di saluran YouTube Free Fire Malaysia.

Baca juga – Free Fire Berkolaborasi Bersama Pasukan Formula 1 McLaren Racing

Sumber: siaran akhbar Free Fire Malaysia

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY