Sebelum ini, setiap pengguna peranti android dari Lenovo yang mahu menggunakan perisian dari Microsoft perlu memuat turun aplikasi itu dari Google Play Store. Kini, anda sudah tidak perlu berbuat demikia kerana Microsoft telah membuat pengumuman mengenai perisian mereka bakal dipasang terus pada beberapa peranti keluaran Lenovo.
Antara aplikasi yang terlibat adalah Microsoft Office, Skype dan OneDrive. Hal ini berikutan perjanjian pelesenan yang telah ditandatangani antara dua syarikat tersebut. Perjanjian tersebut turut melibatkan Motorola yang telah diambil alih Lenovo.
Syarikat perisian itu juga sudah beberapa kali menggunakan perjanjian yang serupa dengan syarikat pengeluar telefon pintar lain seperti Samsung, Xiaomi, LG, Sony, Dell dan Asus. Walaubagaimanapun, perincian mengenai perjanjian tersebut tidak didedahkan lagi kepada umum. Perjanjian pelesenan ini memberi pulangan lumayan kepada Microsoft kerana pengeluar telefon pintar perlu membayar royalti kepada mereka.
Lenovo bagaimanapun belum mengesahkan model yang akan dipasang dengan aplikasi Microsoft.
Berkaitan
- Google Allo Lancar Pada Khamis Ini.
- LineageOS Capai Satu Juta Pemasangan Aktif
- Itali Haramkan Perkhidmatan Uber
- Sistem Perbankan BSN Tergendala, Proses Baik Pul
- Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Lembu Telah Diperkenalkan
- Tertiris - Apple Watch 3 Mungkin Hadir Dengan Fungsi Ukur Kadar Pernafasan
- iPhone 8 Plus Tewas Kepada Samsung Galaxy Note 8 Dalam Ujian Buka Aplikasi
- Samsung Perkenal Dua Model Galaxy A Dengan Sokongan 5G
- Pemegang Akaun Public Bank Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan Samsung Pay
- Ura-Ura Rekaan Xiaomi 12 Ultra Dan Spesifikasi