Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lelaki Ini Curi Kad Kredit Presiden Riot Untuk Tujuan Lombong Mata Wang Kripto

Lelaki Ini Curi Kad Kredit Presiden Riot Untuk Tujuan Lombong Mata Wang Kripto

Diterbitkan Mac 11, 2022 oleh Anis Maisarah

Seorang lelaki berusia 32 bertindak berani dengan mencuri kad kredit milik seorang presiden syarikat permainan terkenal, Riot Games iaitu Marc Merrill. Lelaki tersebut dikatakan telah mencuri kad kredit presiden Marc Merrill sejak tahun 2017 lagi. Dia telah memalsukan dokumen penting milik Marc Merill seperti akaun Amex, lesen memandu dan menggunakan aplikasi Photoshop untuk menyunting gambar Marc Merill di internet.

Lelaki warganegara Singapura bernama Ho Jun Jia itu menggunakan kad kredit tersebut untuk langganan cloud computing dari Amazon Web Services (AWS) dan beberapa perkhidmatan lain. Jumlah wang yang digunakan untuk langganan cloud computing tersebut adalah sebanyak AS$5.2 juta (~RM21 juta).

Melalui langganan tersebut, dia juga telah berjaya mendapat keuntungan melalui pelombongan mata wang kripto atau cryptocurrency. Selain itu, dia juga turut membayar bil cloud computing daripada Google sebanyak AS$250,000 dan membuat pajakan bagi langganan tersebut untuk mendapatkan 1,400 mata wang kripto jenis Ethereum. Pada November 2017-2018, 1,400 mata wang kripto jenis Ethereum tersebut bersamaan dengan AS$818,000.

Kemudian, dia menjual 203 Ethereum mata wang kripto dan menggunakan baki selebihnya untuk kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, Ho Jun Jia akhirnya ‘kantoi’ dan dia mengaku bersalah di atas 12 pertuduhan di Singapura. Dia bakal menerima hukuman kerana melanggar Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber pada 20 April nanti.

Sumber : Kompas.com

Baca juga :

  • Nak Untung Lebih Tapi Tak Nak Keluar Modal, Premis Lombong Kriptowang Haram Tumpas
  • Penggodam Kriptowang Ini Dapat Tawaran Bekerja Dari Syarikat Yang Digodamnya
  • Pusat Data Digodam, Mata Wang Kripto Bernilai RM460K ‘Dibawa Lari’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY