Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO Bakal Bina Kilang Sifar Karbon Pertama Di Negara Jiran

LEGO Bakal Bina Kilang Sifar Karbon Pertama Di Negara Jiran

Diterbitkan Disember 29, 2021 oleh Meor Hasyim

Dengan projek dianggarkan lebih dari 1$ billion (RM4.1 billion), LEGO kini telah bersetuju untuk membina kilang sifar karbon pertama mereka di Vietnam-Singapore Industrial Park (VSIP), Binh Duong, Vietnam.

LEGO Bakal Bina Kilang Sifar Karbon Pertama Di Negara Jiran

Bukan itu sahaja, ia juga bakal jadi kilang sifar karbon pertama yang bertapak di Asia Tenggara.

Untuk merealisasikannya, LEGO akan bergantung sepenuhnya kepada panel bumbung solar, dan juga ladang solar berdekatan untuk menjana kuasa diperlukan.

Kilang itu juga akan mesra kenderaan elektrik serta menggunakan peralatan kilang yang mesra tenaga.

Namun terlebih dahulu, tanah untuk kilang tersebut perlu dikosongkan. Disebabkan itu, sebanyak 50,000 pokok akan ditanam di Vietnam untuk mengganti semula pokok yang hilang itu.

Pembangunan kilang dijangka bermula separuh kedua 2022 dan kabal siap sepenuhnya untuk beroperasi pada 2024.

LEGO Bakal Bina Kilang Sifar Karbon Pertama Di Negara Jiran

Kilang di Vietnam itu adalah merupakan satu dari enam kilang LEGO di seluruh dunia. Kilang lain termasuklah Jinxiang, China, Hungary, Republik Czech, Mexico, dan sudah tentu negara kelahiran LEGO, Denmark.

Sumber: LEGO

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Xiaomi 12 Dilancarkan – Cip Baharu, Skrin Padu
  • Dijangka Apple Buang Slot Kad SIM Secepat Mungkin, Ganti Dengan eSIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY