Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Lebih 30 Tahun Terkandas, Aisberg Terbesar Di Dunia Kini Bergerak Ke Perairan Lebih Panas

Leburnya Sebuah Legasi, Detik-Detik Akhir Aisberg Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Julai 24, 2026 ยท Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh ariff bukhari

Selama empat dekad, A23a berdiri megah sebagai simbol keagungan alam semula jadi.

Terpisah daripada Plat Ais Filchner di Antartika pada tahun 1986, aisberg gergasi seluas 4,000 kilometer persegi ini atau dua kali ganda saiz bandar London, pernah menjadi bongkah ais terbesar di dunia.

aisberg a23a

Kehadirannya menjadi saksi bisu kepada ketenangan benua putih yang seolah-olah tidak akan pernah luput ditelan zaman.

Namun, masa merampas hayatnya. Selepas lebih 40 tahun dan mengembara lebih 2,300 km meredah lautan gelora, perjalanan A23a tiba di penghujung yang tragis.

Leburnya Sebuah Legasi, Detik-Detik Akhir Aisberg Terbesar Di Dunia
Pergerakan bongkah ais A23a. Kredit: NASA.

Kepanasan suhu bumi dan lautan yang kian membahang tidak lagi memberi ruang untuknya bertahan.

Menjelang pertengahan 2026, tubuh gergasi ini retak dan terbelah menjadi serpihan kecil.

Air cair yang terperangkap telah meretakkan strukturnya dari dalam, menghakis sisa-sisa keagungan yang pernah dimilikinya.

Daripada saiz gergasinya sehinggalah menyusut hingga tinggal 180 kilometer persegi sahaja (setakat Mac 2026), A23a kini dilaporkan akhirnya sepenuhnya hancur ke dalam lautan luas, lenyap tanpa meninggalkan kesan.

Leburnya Sebuah Legasi, Detik-Detik Akhir Aisberg Terbesar Di Dunia
Menjelang akhir perjalanannya, A23a secara beransur-ansur menjadi serpihan, seperti yang dilihat di sini dalam foto satelit di atas bertarikh 3 April 2026. Kredit: NASA.

A23a bukan sekadar bongkah ais yang musnah; ia adalah jeritan sunyi daripada benua Antartika.

Kejadian ini memberi amaran kepada kita bahawa tiada apa yang abadi jika keseimbangan bumi terus digugat.

Pemergian gergasi ais ini menyuntik rasa hiba yang mendalam, sekali gus memjadi sebuah peringatan bahawa dunia yang kita kenali sedang perlahan-lahan cair dan hilang dari genggaman kita.

Berkaitan

  • Aisberg Bersaiz 2 Kali Ganda Bandar London Dikesan Sedang Bergerak Menuju Kehancuran
  • Aisberg Terbesar Dunia Pecah, Lepaskan Air Tawar Ancam Ekosistem Laut
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY