Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota HEV Campaign_Image 8

Lebih Baik Beli Kredit Daripada ‘Bazir’ Wang Pada EV – Toyota

Diterbitkan Mac 4, 2024 · Dikemas kini Mac 4, 2024 oleh ariff bukhari

EV semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, di Malaysia pun sudah banyak kenderaan elektrik itu.

Namun, lain ceritanya bagi CEO Toyota, Ted Ogawa. Beliau berkata pasaran EV di Amerika Syarikat hanyalah 30% (pasaran kenderaan baharu). Angka ini adalah rendah daripada sasaran yang ditetapkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) tahun lepas, iaitu 50%.

“Saya tahu EPA kini sedang menimbang semula tahap peraturan yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, sekali lagi, titik permulaan kami ialah permintaan pelanggan yang sepatutnya. Jadi, sebagai contoh, peraturan 2030 mengatakan pasaran kereta baharu, lebih separuh daripadanya sepatutnya BEV, tetapi rancangan semasa kami adalah seperti 30%. Kami menghormati peraturan, tetapi yang lebih penting ialah permintaan pelanggan.” kata Ogawa.

Beliau juga mengatakan pembelian EV adalah membazir berbanding beli kredit.

Toyota giat melabur dalam masa depan teknologi automotif. Tetapi berbanding mengikuti sama dalam perang EV, Toyota lebih percaya dan yakin pada pembangunan dan mengembangkan barisan kenderaan mereka dengan teknologi hibrid.

Malah Toyota dalam laporannya berkata, dari 1 unit bateri EV 100 kWh, mereka dapat membina sebanyak 90 kenderaan hibrid (HEV).

Sekali gus lebih memberi impak terhadap alam sekitar.

HEV Toyota

Tambahan lagi, Toyota juga mendakwa, HEV mereka lebih mampu mengurangkan pelepasan karbon di setiap pasaran di dunia.

Sebelum ini, ‘Mr. Bean’ juga mempunyai pendirian yang lebih kurang terhadap kenderaan elektrik (EV).

Berkaitan

  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • Anker Lancar Pengecas Pantas Hibrid Terbaru Dengan Anker Prime Series
  • Shopee Kini Kenakan Kadar SST 6% Untuk Kos Penghantaran

Sumber: Toyota, Electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY