Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Music

Balik Kampung Lebih Ceria, Ini ‘Playlists’ Lagu Raya Di Apple Music

Diterbitkan April 26, 2022 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari lagi, bulan ramadan bakal pergi meninggalkan kita dan bulan syawal pula tiba. Bukan sahaja hari raya aidilfitri hanya setahun sekali tetapi raya kali ini sangat bermakna dan dinanti-nantikan ramai orang kerana dua tahun tidak beraya di kampung halaman.

Oleh yang demikian, pastinya ramai yang akan mula pulang ke kampung pada Jumaat ini. Seperti biasa, perjalanan balik kampung tidak lengkap kalau tidak mendengar lagu-lagu raya.

Bagi anda yang menggunakan Apple Music, Apple ada menyediakan beberapa lagu menarik untuk memenuhi halwa telinga anda.

‘Playlist’ ini menawarkan lagu yang cukup untuk pelbagai lapisan masyarakat, baik lagu tradisional yang menggamit memori serta lagu raya terbaru.

‘Playlist’ raya “Hari Raya with Family” menampilkan lagu raya yang malar segar seperti balik kampung nyanyian Sudirman, sesuci lebaran dari Siti Nurhaliza dan banyak lagi.

Sementara ‘Playlist’ “Riang Ria Hari Raya” mengumpulkan lagu-lagu raya lebih moden dan dinyanyikan penyanyi baharu seperti Dolla, Aina Abdul dan lain-lain.

Sekiranya anda belum mempunyai Apple Music, langganan individu ialah RM14.90 sebulan dan RM22.90 untuk pelan keluarga. Namun, jika mahu lebih penjimatan, langganan Apple One hanya RM19.90 sebulan.

Baca juga:

  • Cara ‘Compress’ Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram

  • Cinta Ditolak Tapi Lelaki Ini Gagah Guna Lebih 100 Akaun Untuk ‘Stalk’

  • KPM Gesa Guru Berhenti Buat ‘Live’ Sewaktu Bertugas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY