Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kini Dah Boleh Guna Fungsi MySejahtera Trace

Rakyat Disaran Untuk Guna Semula Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan Disember 18, 2023 oleh Amal Addin

Pada jam 4 petang, 12 Disember 2023, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sidang media tentang peningkatan kes Covid-19. Tujuan sidang media ini diadakan untuk mengatasi kegusaran rakyat Malaysia terhadap peningkatan kes.

Pihak KKM turut memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan diadakan seperti yang dirisaukan oleh masyarakat walaupun kes sudah melebihi 20,000.

Oleh yang demikian, pihak KKM telah mencetuskan strategi untuk berhadapan dengan peningkatan kes. Ini dia 5 inisiatif KKM dalam berhadapan peningkatan kes Covid-19:

Screenshot 2023-12-18 162131

  1. Pengesanan awal situasi Covid-19 melalui Sistem Amaran Awal atau Heightened Alert System (HAS)
  2. Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek)
  3. Pengurusan dan kawalan kes Covid-19
  4. Pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan
  5. Pendigitalan sistem penjagaan kesihatan

Pihak KKM turut menyatakan bahawa peningkatan kes Covid-19 masih dalam keadaan terkawal. Namun, masyarakat disarankan untuk tidak mengambil enteng dan sentiasa menitikberatkan pengawalan kendiri seperti penggunaan pelitup muka di kawasan sesak.

Selain itu, pihak KKM turut menyarankan untuk memuat turun semula aplikasi MySejahtera untuk mengetahui status kesihatan serta temu janji suntikan vaksin. Dos penggalak turut disarankan untuk mereka yang berisiko.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY