Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
radeon 7000

“Lari Dari Fitrah”, Penggunaan Kuasa GPU AMD Radeon 7000 Lebih Tinggi Banding Terdahulu

Diterbitkan Jun 27, 2022 oleh Firdaus

Faktor kecekapan dan penggunaan kuasa merupakan 2 perkara yang paling dititikberatkan dalam generasi kad grafik yang seterusnya. AMD (Advanced Micro Devices) menyatakan keyakinan mereka dalam kecekapan kuasa yang lebih baik pada seni bina RDNA 3 berbanding RDNA 2.

Walau bagaimanapun, dengan penambahan keperluan kuasa yang dibuat oleh pesaing mereka, AMD tiada pilihan selain mengikut corak perubahan yang berlaku ini.

Timbalan Presiden Kanan AMD, Sam Naffzigar menyatakan pihak AMD akan meletakkan penggunaan kuasa yang lebih tinggi berbanding kad grafik terdahulu atas sebab pesaingnya berbuat sedemikian.

“Lari Dari Fitrah”, Penggunaan Kuasa GPU AMD Radeon 7000 Lebih Tinggi Banding Terdahulu

Mana tidaknya, banyak khabar angin kuat mengatakan NVIDIA akan meningkatkan kadar penggunaan kuasa siri RTX 4000 lebih tinggi lagi daripada pendahulunya.

“Lari Dari Fitrah”, Penggunaan Kuasa GPU AMD Radeon 7000 Lebih Tinggi Banding Terdahulu

Oleh itu, kad grafik AMD RDNA 3 siri RX 7000 akan dilihat mempunyai kadar penggunaan kuasa yang lebih tinggi berbanding pendahulunya. Tetapi apa yang kita tidak ketahui adalah kadar terperinci penggunaan kuasa pada kad grafik siri RX 7000 itu nanti.

Siri Radeon 7000 daripada AMD bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini selepas pelancaran NVIDIA GeForce RTX 4000.

Sumber: Tom’s Hardware

Foto utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY