"Gila Kuasa", Siri RTX 40 Dikhabarkan Hadir Dengan TDP 900W

Nvidia dilaporkan sedang menyediakan fasa percubaan untuk kad grafik RTX 40 yang akan dikuasakan bukan satu tapi 2 penyambung kuasa 16-pin. Faktor rekaan ini dilaporkan telah direka khas untuk TDP (thermal design power) 900W di mana lebih berkuasa berbanding 850W pada pendahulunya.

https://twitter.com/kopite7kimi/status/1519182862699823106?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1519182862699823106%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvideocardz.com%2Fnewz%2Fnvidia-reportedly-testing-900w-graphics-card-with-full-next-gen-ada-ad102-gpu

Cip AD102 merupakan komponen yang akan digunakan dalam kad grafik siri RTX 4090. Berdasarkan ura-ura yang kuat daripada pelbagai sumber, RTX 4090 akan hadir dalam TDP 600W. Oleh itu, berkemungkinan besar kad grafik yang dimaksudkan di atas adalah GeForce RTX 4090 Ti.

Tambahan lagi, Kopite7kimi telah mengesahkan khabar angin spesifikasi terbaru untuk model RTX 4070 dan 4080. RTX 4070 akan menggunakan cip AD104 manakala cip AD103 akan dipadankan dengan RTX 4080.

https://twitter.com/kopite7kimi/status/1513393450473107456?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1519164336035745792%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fvideocardz.com%2Fnewz%2Fnvidia-reportedly-testing-900w-graphics-card-with-full-next-gen-ada-ad102-gpu

Untuk maklumat tambahan, siri Nvidia GeForce RTX 40 dengan nama kod 'Ada Lovelace" mungkin diumumkan seawal Ogos depan tetapi akan melancarkan satu kad grafik sahaja dalam satu masa.

Sumber: videocardz

Baca juga: