Laptop Nipis Menjadi Pilihan Ramai Walaupun Terpaksa Mengorbankan Beberapa Aspek

Laptop Seharusnya Nipis Dan Ringan, Itulah Sebab Ia Wujud


Bekerja dari rumah telah menjadi sebahagian daripada cara kerja baharu terutama sejak dunia dilanda pandemik. Ini memperlihatkan semakin ramai sedar tentang keperluan memiliki laptop peribadi.

Laptop sepatutnya lebih ringan untuk mudah dibawa kemana-mana jika tidak baik anda bina PC dirumah sahaja. Manakala telefon pintar dan tablet pula masih belum cukup untuk dibuat sebagai peranti kerja.



Saban tahun komponen dalaman semakin kecil memberi peluang kepada pengeluar untuk menghasilkan rekaan laptop yang lebih nipis.

Tetapi evolusi rekaan laptop yang semakin nipis membawa kepada masalah dan terpaksa mengorbankan beberapa aspek penting.

Semakin Nipis, Semakin Banyak Perkara Perlu Dikorbankan


Memainkan permainan berat seperti The Witcher atau Far Cry memerlukan tenaga yang tinggi untuk memastikan kadar frame yang stabil dan memaksa cip pemprosesan dan kad grafik berhempas pulas.

Ini akan mengakibatkan pengeluaran haba yang tinggi. Oleh sebab itu, laptop gaming dibina dengan bentuk dan saiz yang lebih tebal. Ruang pengudaraan adalah sangat penting untuk mebebaskan haba yang dihasilkan  jika tidak 'thermal throttling ' akan berlaku.



Jadi secara logiknya, prestasi laptop tidak mampu untuk menandingi sebuah PC tidak kiralah samada untuk gaming, visual, penyuntingan video dan kerja-kerja berat yang lain.

Apabila saiz semakin nipis, pengeluar juga terpaksa mengorbankan beberapa sambungan port. Inilah yang terjadi pada Macbook yang hanya meletakkan sambungan port Type-C demi rekaan yang nipis.

Oleh yang demikian, adalah adil untuk saya katakan jika anda mahu memilki sebuah laptop, prestasi bukanlah keutamaan ketika membeli. Keutamaan yang perlu anda titik beratkan adalah rekaan. Betul?

Laptop Apa Yang Nipis Dan Slim Tanpa Korbankan Prestasi Dan Port Sambungan




Sebenarnya banyak laptop nipis yang berada dipasaran ketika ini seperti Microsoft Surface Laptop 4 yang baru sahaja diperkenalkan pada bulan lepas.

Microsoft Surface Laptop 4 merupakan sebuah peranti yang menanda semua kriteria yang anda perlukan dari sebuah laptop.

Dengan binaan yang nipis, ringan dan minimalis membuatkan beg galas anda ke kerja lebih ringan. Paling penting ia direka dengan storan SSD yang boleh diganti untuk penggunaan yang lebih lama.



Walaupun nipis dan slim, ia masih memberikan bunyi speaker yang enak dan berlemak melalui sokongan Dolby Atmos 9 dan turut disertakan kamera Windows Hello dengan kualiti yang baik.

Baca juga: Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini

Terdapat dua pilihan saiz skrin iaitu 13.5 ini dan 15 inci mengikut selera dan keselesaan pengguna. Skrin dengan resolusi 2K pada nisbah 3:2 memberikan paparan yang lebih meninggi.



Walaupun ia nipis tetapi Microsoft Surface Laptop 4 masih lagi mengekalkan port sambungan USB-A, 3.5mm audio dan slot kad SD yang sangat penting tidak kiralah pada sesiapa pun.

Manakala dengan pengecasan menerusi port Type-C juga boleh digunakan untuk kadar pemindahan yang lebih pantas bersama bateri yang mampu bertahan sekitar 16 jam ke 17 jam mengikut pilihan cip pemprosesan.

  1. 13.5”, AMD Ryzen 5, 8GB RAM, 256GB SSD, Platinum – RM4,599

  2. 15”, AMD Ryzen 7, 8GB RAM, 256GB SSD, Platinum – RM5,999

  3. 13.5”, Intel Core i5 , 8GB RAM + 512GB SSD, Black– RM6,099




Baca juga: Microsoft Surface Beri Pilihan Cip AMD Atau Intel

Tawaran Hebat Sebelum Anda Rembat Microsoft Surface Laptop 4


Kalau nak rembat sekarang tak boleh sebab Microsoft membawa masuk siri baru laptop mereka secara pra-tempah.

Untuk membuatkan pembelian anda lebih bijak, GLOO ada menawarkan dua jenis pra-tempah yang akan membuatkan korang pening kepala untuk buat keputusan

Pra-tempah (Jenis 1) anda akan menerima pakej bundle: Surface Arc Mouse + Surface Elastic Sleeve + Microsoft 365 Family + Shield Care Extended Warranty (1 tahun) + Screen Protector + Infinity TRANZ 700 Wireless Bluetooth Headphones – bernilai RM1,041

Pra-tempah (Jenis 2) anda akan menerima pakej bundle: Surface Arc Mouse + Surface Elastic Sleeve + Microsoft Office Home and Student 2019 + Screen Protector + Infinity TRANZ 700 Wireless Bluetooth Headphones – bernilai RM1,112



Susahkan nak pilih?

Tawaran ini hanya berlangsung sehingga 7 June 2021 dan anda boleh layari laman rasmi GLOO (https://www.gloo.com.my/Surface-Laptop-4-pre-order) untuk membuat tempahan.

Artikel ini dibawakan oleh GLOO Malaysia