Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lakukan Hanya 1 Kesalahan Trafik Ini Menyebabkan Anda Akan ‘Berhari Raya’ Di Mahkamah

Lakukan Hanya 1 Kesalahan Trafik Ini Menyebabkan Anda Akan ‘Berhari Raya’ Di Mahkamah

Diterbitkan April 28, 2022 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memulakan Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula 29 April sehingga 8 Mei 2022.

PDRM menegaskan, mereka akan melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dan bersasar bagi menurunkan kadar kemalangan.

PDRM telah menyatakan sebanyak 5 kesalahan trafik utama yang bakal dikenakan tindakan saman serta merta ke atas pengguna jalan raya.

Lima kesalahan tindakan saman serta merta adalah seperti berikut:

  1. Memandu melebihi had laju
  2. Memandu di lorong kecemasan
  3. Memotong di garisan berkembar
  4. Memotong barisan ‘Q’
  5. Tidak mematuhi lampu isyarat

Walaubagaimanapun, terdapat 1 kesalahan trafik ini yang pemandu tidak akan dikenakan saman kompaun oleh PDRM, sebaliknya pesalah jalan raya perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.

Kesalahan itu adalah menggunakan alat komunikasi semasa memandu. Statistik PDRM meunjukkan, penggunaan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan merupakan antara penyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.

Menggunakan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan adalah kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 yang dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, para pengguna jalan raya sekalian, sentiasalah mematuhi undang-undang jalan raya dan memandu dengan berhemah bukan kerana tidak mahu disaman tetapi demi menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk semua.

Sumber: PDRM, JSPT

Baca juga:

  • Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan SOP Baharu Ini
  • Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY