Lajukan Peranti Android Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Tips kali ini sangat sesuai untuk peranti Android yang selalu "hanged" disebabkan oleh terlalu banyak aplikasi yang berjalan serentak di "background". Terutamanya kepada anda yang memiliki peranti Android dengan kapasiti RAM dan Pemproses yang berkuasa rendah.

Caranya sangat mudah, anda tidak perlu memuat turun apa-apa apliksi. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Masuk ke menu "setting"



Langkah 2

Seterusnya masuk ke manu "About Phone"



Langkah 3

Cari Menu "Kernel Version" atau "Build Number" , klik dengan laju sebanyak 8 kali sehingga keluar paparan "Developer Option" seperti dalam gambar.



Langkah 4

Kembali ke menu Setting, anda akan dapati menu Developer Option akan muncul. Masuk ke menu tersebut.



Langkah 5

Setelah masuk ke menu Developer Option, skroll kebawah dan cari fungsi "Background Prosses Limit".



 

Langkah 6

Apa yang perlu anda lakukan ialah hadkan jumlah background proses ke tahap minimun ataupun hentikan terus sekiranya peranti anda selalu sangat "Hanged"



Dengan cara diatas maka peranti anda akan kembali laju dan lancar. Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.