Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tips Bermain “Online Game” Tanpa “Lag”

Tips Bermain “Online Game” Tanpa “Lag”

Diterbitkan Julai 25, 2017 oleh Tips Gajet

Memang seronok bermain permainan atas talian seperti Dota, Overwatch, Cs go dan sebagainya. Apa yang menyebabkan keseronokan kita terganggu ialah apabila sesi permainan kita dihantui oleh masalah “Lag”. Masalah ini bukan lagi asing kepada pemain-pemain permainan atas talian, lebih-lebih lagi untuk anda yang berkongsi internet dirumah.

Tips Bermain “Online Game” Tanpa “Lag”

Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah “lag” ketika bermain permainan atas talian. Ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi “Net Limiter” terlebih dahulu. Boleh sahaja guna pautan dibawah.

Net limiter

Langkah 2

Tekan kekunci “Ctrl + Alt + Del”, seterusnya buka “Task Manager”. Kemudian klik tab “Details”. Cari permainan atas talian yang sedang anda mainkan. Klik kanan pada permainan tersebut kemudian pilih “Set Priority” dan “High”.

Tips Bermain “Online Game” Tanpa “Lag”

Langkah 3

Buka apliaksi Net limiter yang anda pasang tadi, pilih pemainan atas talian yang sedang anda mainkan kemudian ubah “prioriti” kepada “high”. Selesai, maka dengan itu permainan atas talian yang anda mainkan tiada lagi masalah “lag”, ini kerana ianya sudah diberikan keutamaan oleh sambungan internet berbanding dengan tugas-tugas lain dalam PC anda.

Tips Bermain “Online Game” Tanpa “Lag”

Sekiranya masalah tersebut masih lagi berlaku, ianya mungkin disebabkan oleh sambungan internet anda yang perlahan ataupun masalah luaran seperti gangguan hujan dan lain-lain. Itulah serba sedikit tips ringkas daripada kami, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY