Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Jadi Kalau Komputer Tak Pernah Shut Down Dalam Jangka Masa Panjang?

Lagu Nyanyian Janet Jakson Ini Menyebabkan Komputer Riba Lama Gagal Berfungsi

Diterbitkan Ogos 19, 2022 · Dikemas kini Ogos 19, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang jurutera perisian dari Microsoft bernama Raymond Chen mendedahkan bahawa perkakasan komputer riba lama akan gagal berfungsi apabila didedahkan kepada lagu yang dinyanyikan oleh artis Janet Jackson.

Secara khususnya, perkakasan yang akan gagal berfungsi itu adalah pemacu cakera keras (HDD) berkelajuan 5400 RPM yang digunakan pada komputer riba lama yang menjalankan sistem operasi Windows XP.

Judul lagu yang menyebabkan storan itu gagal berfungsi pula adalah “Rhythm Nation.”

Lagu tersebut merupakan lagu yang pernah popular pada tahun 1989 dahulu yang dinyanyikan oleh Janet Jackson.

Berkaitan

  • 1 Punca Yang Menyebabkan 99.9% Pengguna Akaun Microsoft Digodam
  • "Edge Adalah Pelayar Terbaik Di Windows 10" - Microsoft
  • "Pelayar Kami Adalah Yang Paling Selamat Berbanding Pelayar Lain" - Mozilla

Menurut Raymond Chen, isu yang direkodkan sebagai CVE-2022-38392 itu asalnya dilaporkan oleh pengeluar-pengeluar komputer utama.

Malah lagu itu juga boleh menyebabkan komputer riba lain berdekatan  turut terkesan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan model serta pengeluar HDD yang terkesan dengan isu itu.

Raymond Chen menjelaskan isu itu berpunca daripada nada frekuensi yang digunakan pada lagu itu adalah sama dengan frekuensi yang digunakan oleh pemacu HDD.

Sekaligus menyebabkan gangguan pada operasi HDD tersebut.

Pengguna sekarang tidak perlu risau tentang isu ini kerana kesemua komputer moden kini sudah tidak lagi menggunakan storan HDD sebaliknya menggunakan storan SSD.

Sumber:microsoft, Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY