Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_Apple

Kuo: Apple Patut Contohi Steve Jobs Dalam Tangani Kelewatan Apple Intelligence Untuk Siri

Diterbitkan Mac 14, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

Apple melakukan kesilapan besar dalam cara menangani kelewatan ciri Apple Intelligence untuk Siri, kata penganalisis Apple Ming-Chi Kuo hari ini.

Menurut Kuo, mengumumkan kelewatan itu melalui saluran tidak rasmi adalah keputusan kurang bijak, dan Apple sepatutnya menggunakan saluran rasmi.

Isu Antennagate sebagai contoh

Sebagai contoh, Kuo merujuk kepada krisis PR “Antennagate” ketika pelancaran iPhone 4 pada tahun 2010 dan bagaimana bekas CEO Apple, Steve Jobs, menanganinya.

Jobs secara peribadi membalas beberapa emel pelanggan, Apple mengadakan sidang media, dan akhirnya, syarikat itu memberikan bumper percuma serta menawarkan pemulangan semula iPhone kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

Sepanjang krisis itu, Steve Jobs bersikap terbuka, mengakui bahawa Apple pada mulanya “tidak sepenuhnya memahami jika terdapat masalah”, tetapi tetap bertanggungjawab sebagai “peneraju dalam dunia telefon pintar”. Kata Jobs, “Kami bukan sempurna, dan kami bekerja keras untuk menyelesaikannya”.

Kenyataan Kuo memberikan gambaran bahawa Tim Cook dan eksekutif Apple sepatutnya mencontohi pendekatan Jobs dengan lebih telus mengenai cabaran dalam pembangunan Siri.

Saya rasa perkara paling teruk ialah apabila Apple perlu mengakui bahawa pembangunan Apple Intelligence (Siri) tidak berjalan seperti yang dirancang, mereka memilih untuk menyampaikan berita itu kepada dunia melalui saluran tidak rasmi. Beginilah cara syarikat paling bernilai di dunia menangani krisis PR.

Perlu respons lebih konkrit

Dalam pada itu, Kuo mengakui bahawa pembangunan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) memerlukan masa, dan pengumuman awal ciri ‌Apple Intelligence‌ ‌untuk Siri‌ pada WWDC 2024 adalah sesuatu yang boleh difahami.

Namun, apabila syarikat gagal menepati jadual yang dijanjikan, Apple perlu memberikan respons yang lebih konkrit.

Developing great AI services was never going to happen overnight, so the delay of Apple Intelligence is entirely understandable. When Apple announced Apple Intelligence at last year’s WWDC, even though they knew it couldn’t be completed on schedule, this approach—which was not a…

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) March 13, 2025

Pada tahun 2012, Tim Cook, selaku CEO Apple, secara peribadi menangani kelemahan Apple Maps dalam iOS 6 dengan menulis surat permohonan maaf kepada pelanggan. Beliau mengakui kekurangan perkhidmatan tersebut dan berkongsi usaha syarikat untuk memperbaikinya.

Kini, dengan kontroversi mengenai kelewatan pembaharuan Siri, yang dijadualkan selewat-lewatnya pada tahun 2026, mungkin sudah tiba masanya untuk Cook sekali lagi berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Kuo: Ciri Apple Intelligence Tidak Tarik Minat Ramai Beli iPhone Baharu
  • Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini
  • Beberapa Ciri Apple Intelligence Untuk Siri Ditangguhkan Hingga 2026

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY