Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i-Tegur app

Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur

Diterbitkan September 12, 2023 · Dikemas kini September 12, 2023 oleh ariff bukhari

Anda mungkin ada pelbagai aduan yang hendak dibuat berkaitan pelbagai perkara kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di tempat tinggal anda seperti aduan kerosakan jalan, sampah terbiar, tandas awam, masalah kejiranan dan banyak lagi.

Cuma lecehnya adalah aduan itu perlu dilaporkan di pejabat PBT yang memerlukan anda membuat laporan bertulis yang mungkin perlu anda isi borang-borang tertentu.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda tidak perlu lagi ke pejabat PBT untuk membuat aduan. Sebaliknya kini ada aplikasi khas yang dapat memudahkan anda melaporkan sebarang aduan terus dari telefon pintar anda.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin membuat aduan tentang haiwan peliharaan yang merayau, mengganggu dan menyusahkan kejiranan.

Atau aduan keadaan permukaan jalan raya yang membahayakan. Anda boleh membuat aduan anda itu menerusi aplikasi i-Tegur.

i-Tegur

i-Tegur merupakan satu aplikasi dalam talian yang dibangunkan secara dalaman oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mudah dan pantas.

Melalui i-Tegur, anda boleh membuat aduan dengan menghantar gambar beserta laporan bertulis dan lokasi.

Anda juga akan menerima maklum balas dari pihak PBT kawasan anda terus dari aplikasi tersebut di telefon pintar anda.

Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
Sebanyak 18 kategori aduan yang boleh anda laporkan kepada pihak PBT melalui i-Tegur.
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur

Aplikasi i-Tegur tersedia untuk pengguna telefon pintar Android, iOS dan Huawei dengan cara mendaftar dan menggunakannya juga begitu mudah dan ringkas.

Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
Sebelum ini aplikasi i-Tegur dikenali sebagai iKepoh.
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
Tekan butang Cipta Aduan untuk mulakan aduan.
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
i-Tegur memerlukan anda mengaktifkan fungsi GPS bagi membuat aduan melaluinya.
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur
Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur

Jadi selepas ini, jika anda ingin membuat sebarang aduan berkaitan di kawasan tempat tinggal anda, anda boleh gunakan i-Tegur.

Keadaan Jalan Seperti Permukaan Bulan? Ini Cara Buat Aduan Dengan Aplikasi i-Tegur

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY