Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jerebu malaysia

Kualiti Udara Malaysia Lebih Bersih Sepanjang Tempoh PKP – JAS

Diterbitkan Mei 18, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) telah mengeluarkan laporan pemantauan dan analisis perbandingan terhadap Indeks Pencemar Udara (IPU) sebelum dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 28 April 2020.

Hasil daripada analisis IPU yang dijalankan daripada 1 Mac 2020 sehingga 28 April 2020 itu menunjukkan sebanyak 26% peningkatan IPU bagi bilangan hari ‘bersih’ dan penurunan 19% IPU bagi bilangan hari ‘sederhana’ di seluruh Malaysia semenjak PKP ini dikuatkuasakan.

Screenshot 2022-05-18 at 1.13.07 PM
Sumber: JAS

JAS menyatakan, analisis terperinci sepanjang tempoh itu ke atas beberapa parameter utama iaitu nitrogen dioksida (NO2 ), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO) dan habuk halus bersaiz diameter 2.5 mikron (PM2.5 ) di beberapa stesen pengawasan kualiti udara di Batu Muda (Kuala Lumpur), Cheras (Kuala Lumpur),Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Banting didapati menurun.

Screenshot 2022-05-18 at 1.19.55 PM
Sumber: JAS

Graf analisis pencemar udara SO2, NO2, CO dan PM2.5 JAS di kawasan-kawasan tersebut menunjukkan bahawa terdapat:

  • Penurunan 6% hingga 26% bagi SO2 (sulfur dioksida)
  • Penurunan 49% hingga 68% bagi NO2 (nitrogen dioksida)
  • Penurunan 21% hingga 48% bagi CO (karbon monoksida)
  • Penurunan 17% hingga 36% bagi PM2.5 (2.5 mikron)

Malah trend ini juga turut berlaku di stesen pengawasan kualiti udara di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang lain seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Kuantan,Seremban, Melaka, Pasir Gudang, Kuching dan Kota Kinabalu bagi tempoh yang sama.

Screenshot 2022-05-18 at 1.33.12 PM
Sumber: JAS

JAS menyimpulkan, trend penurunan ini berlaku susulan kurangnya bilangan jumlah kenderaan bermotor di jalan raya dan aktiviti perindustrian sekaligus mengurangkan pelepasan asap kenderaan, pelepasan asap cerobong industri dan pembakaran terbuka sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumber: JAS

Baca juga:

  • Jangka Hayat Telefon Pintar, Barangan Elektrik Dan Elektronik Lain Hanya Antara 2 Hingga 12 Tahun Sahaja – JAS
  • Revolusi Atau Tunggang Legasi? Nothing Dibuai ‘Hype’ OnePlus
  • WhatsApp Sudah Bangunkan Ciri Keluar ‘Group’ Tanpa Pengetahuan Ahli Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY