Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-04-03 at 9.16.06 AM

Tren Ekspress Lambaian Aidilfitri KTMB: Pulang ke Kampung Dengan Harga Tiket Bermula Dari RM55 dari KL Sentral ke Tumpat

Diterbitkan April 3, 2023 · Dikemas kini April 3, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan 4 trip dari KL Sentral ke Tumpat dan Tumpat ke KL Sentral menerusi kempen Ekspress Lambaian Aidilfitri.

Tambang tiket bagi perjalanan sehala itu yang berharga dari RM55 untuk tarikh 19 dan 20 April 2023 dari KL Sentral ke Tumpat, 24 dan 25 April 2023 dari Tumpat ke KL Sentral.

Screenshot 2023-04-03 at 8.58.16 AM

KTMB memaklumkan, harga tiket itu adalah bagi penumpang dewasa sahaja. Tiada tambang khas bagi kanak-kanak, konsesi atau pas percuma ditawarkan.

Harga tiket itu juga tidak termasuk makan dan minum.

Sebelum ini KTMB menerusi perkhidmatan keretapi tren ETS telah menawarkan jualan tiket untuk tren tambahan ETS bermula dari 19 hingga 25 April 2023 bagi perjalanan ke Utara.

Tiket tren KTMB boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTMB Integrated Ticketing System atau aplikasi KTMB Mobile untuk peranti Android dan iOS.

Berkaitan

  • Tiket Tren Tambahan ETS Dibuka Hari Ini, Semak Jadual Perjalanan Di Sini
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Pakej Unifi Tanpa Had Hanya RM69 Sebulan: Jimat RM480 Selama 2 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY