Konsep Nokia 9 Nampak Lebih Gah Berbanding Galaxy Note 8

Samsung Galaxy Note 8 merupakan peranti phablet yang sangat cantik untuk dilihat dan dipegang. Dengan skrin paparan 'Infinity Display' yang akan mempukau sesiapa yang melihatnya. Samsung akan meneruskan trend tersebut untuk peranti utama mereka seterusnya dengan Apple juga mengikuti rapat dengan rekaan skrin iPhone X.

Nokia pula yang baru menapak kembali dalam dunia peranti telefon pintar masih belum mengeluarkan peranti telefon pintar dengan rekaan skrin tanpa bingkai namun tidak menghalang peminat mereka untuk menghasilkan konsep baru untuk peranti Nokia 9. Terus terang konsep Nokia 9 tampak menarik dan boleh menandingi rekaan Galaxy Note 8. Mari kita lihat video konsep tersebut:

https://youtu.be/Dc7BcDccdk4









Namun diingatkan ini hanyalah konsep dan pihak Nokia sendiri belum mengumumkan nama peranti utama mereka seterusnya selepas Nokia 8.

Sumber