Pada Disember tahun lalu Razer telah memperkenalkan produk fon telinga versi Pro mereka Hammerhead True Wireless Pro. Terbaru, Razer secara rasminya melancarkan Hammerhead True Wireless X.
Kali ini Razer mengambil keputusan untuk tidak mengekalkan rekaan model Pro tetapi kembali ke rekaan model 2019 dengan tambahan lampu LED pada panel kawalan sesentuh.
Baca juga – Redmi K40 Game Edition Tampil Dengan ‘Keyboard’ Razer
Selain itu, fon telinga TWS terbaru ini juga tidak dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif yang ada pada model Pro mereka. Namun ciri lain seperti Mod Gaming masih kekal didalam model ini.
Tambah Razer, TWS terbaru ini boleh bertahan selama 24 jam ditemani bekas pengecas. Ia juga boleh dipasangkan bersama konsol permainan video tetapi memerlukan tambahan penyesuai (adapter) Bluetooth.
Harga jualan rasmi Hammerhead True Wireless X ini adalah RM349, jauh lebih berpatutan berbanding model TWS sebelumnya. Mungkin ini sebabnya ia kekurangan beberapa ciri dan rekaan.
Baca juga – Razer Melancarkan Kaca Mata Pintar Pertama Mereka
Sumber: Razer