Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Kirigami – Komputer Yang Beroperasi Tanpa Elektrik

Komputer Kirigami – Komputer Yang Beroperasi Tanpa Elektrik

Diterbitkan Julai 2, 2024 · Dikemas kini Julai 2, 2024 oleh Meor Hasyim

Komputer yang beroperasi tanpa menggunakan elektrik? Ini adalah apa yang cuba dihasilkan oleh penyelidik di North Carolina State University.

Berbanding menggunakan kaedah tradisional transistor dan juga elektrik, seni kirigami digunakan, iaitu seni melipat kertas berasal dari Jepun.

Untuk makluman kirigami adalah merupakan variasi dari Origami yang mana kertas boleh dipotong dan dilipat. Jika anda pernah melihat buku atau kad pop-up 3D, itu adalah sebenarnya Kirigami.

Menggunakan konsep ini, kertas kirigami diubahsuai untuk mewakili keadaan 0 dan 1, sama seperti asas seni bina pengkomputeran moden.

Komputer Kirigami yang dihasilkan ini mempunyai 64 kiub saling berhubung dengan saiz lebar tinggi 1 cm yang juga disusun untuk mewakili data.

Komputer Kirigami – Komputer Yang Beroperasi Tanpa Elektrik

Dengan mengubahsuai kiub atas dan bawah, ia mengubah geometri kiub seterusnya memanipulasi data.

Setiap kiub disambungkan dengan pita elastik yang mana pengguna perlu menarik pita tersebut untuk mengubah struktur kiub seterusnya mengubah data. Ya, ini juga bermakna komputer ini beroperasi secara mekanikal.

Berkaitan

  • Google Perkenal 'Trillium', Cip Generasi Ke-6 Untuk Komputer Pusat Data Awan
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia

Menurut profesor NSCU, Jie Yin, tujuan asal komputer Kirigami adalah untuk membangunkan sistem mekanikal untuk penyimpanan data.

Dengan pengoperasian tanpa elektrik, ini juga bermakna komputer ini kebal dari serangan siber dan juga serangan gelombang elektromagnetik (EMP).

Walau bagaimanapun, komputer Kirigami ini masih dalam fasa pengujian dan belum lagi diaplikasikan di luar makmal.

Komputer Kirigami – Komputer Yang Beroperasi Tanpa Elektrik

Jika berjaya ke tahap seterusnya, sudah tentu ia memainkan peranan penting menggantikan tugas sesetengah komputer moden, seperti sandaran data, keselamatan rangkaian, dan lain-lain lagi.

Untuk yang berminat dengan kertas kajian penuh tentang komputer Kirigami ini, boleh baca di sini.

Sumber: Science Advances, NC State

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY