Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox x Kojima

Kojima Dan Xbox Bekerjasama, Akan Hasilkan ‘Game’ Eksklusif

Diterbitkan Jun 13, 2022 oleh Amsyar Latif

Hideo Kojima merupakan individu yang memang tidak asing lagi dalam arena permainan video. Beliau sering digelar sebagai genius dan selalu di luar kotak pemikiran dalam menghasilkan game.

Jika sebelum ini, Kojima banyak menghasilkan permainan video untuk konsol PlayStation, beliau kini dikatakan sudah bersiap sedia dalam projek terbaharu buat konsol Xbox.

Perkara itu disahkan sendiri Hideo Kojima semasa acara Xbox Bethesda pagi tadi. Bermakna, Xbox Game Studios dan Kojima Productions bersama-sama menawarkan permainan baharu nanti.

Xbox Game Studios & Kojima Productions are partnering to create a video game for Xbox like no one has ever experienced before, leveraging the cloud.

Hideo Kojima is one of the most innovative minds in our industry, and we can’t wait to share what our teams will create #Xbox pic.twitter.com/44TtOQxB08

— Xbox (@Xbox) June 12, 2022

Menurut Kojima, permainan tersebut adalah game yang benar-benar baharu dan ia juga merupakan game yang memang beliau ingin hasilkan. Bahkan, game itu turut bakal menawarkan pengalaman bermain di luar jangkaan.

Tidak mustahil Kojima berbuat demikian kerana game ‘Death Stranding’ terdahulu juga di luar jangkaan para gamer seluruh dunia.

Bagi yang tidak tahu, Hideo Kojima menempa nama dalam industri gaming menerusi francais Metal Gear terbitan Konami. Kemudian, beliau juga pernah “menggila” dengan permainan beta Silent Hill PT untuk konsol Sony.

Apa-apa pun, Kojima mengatakan permainan baharu ini akan mengambil masa sebelum ia dilancarkan.

Sumber: polygon

Baca juga:

  • Xbox Dilaporkan Akan Melancarkan Peranti Dan Aplikasi Penstriman Untuk TV

  • Xbox PC Game Pass Akhirnya Tiba Di Malaysia, Berbaloi Untuk ‘Gamer’ Tegar

  • Fungsi ‘Quick Resume’ Xbox Series S/X Lepas Ini Lebih Mudah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY