Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Kodak Bakal Gulung Tikar? Ini Penjelasan Mereka

Diterbitkan Ogos 16, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Laporan media antarabangsa baru-baru ini menyebut Kodak mungkin akan muflis selepas mengakui beban hutang besar dalam laporan kewangan terkini. Namun, Kodak tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menurut syarikat, mereka tidak mempunyai rancangan untuk menghentikan operasi atau memfailkan muflis. Sebaliknya, Kodak yakin mampu membayar semula, melanjutkan atau menstruktur semula hutang serta saham keutamaannya menjelang tarikh matang.

Kodak menjelaskan pendedahan yang menimbulkan kebimbangan itu sebenarnya hanyalah keperluan teknikal yang diwajibkan oleh peraturan perakaunan.

Syarikat turut menegaskan ia akan terus menunaikan tanggungjawab terhadap peserta dana pencen dan menjangka menerima sekitar USD500 juta aset daripada pelan tersebut pada akhir 2025.

Tambah syarikat itu lagi, operasi harian kekal stabil dengan aliran tunai lebih baik berbanding suku sebelumnya dan tidak bergantung pada transaksi dana pencen untuk membiayai perniagaan.

Ringkasnya, Kodak menegaskan mereka masih optimis terhadap rancangan pemulihan jangka panjang.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Kodak Berdepan Risiko Bankrap
  • HTC Lancar VIVE Eagle - AI Terbina, Terjemahan 13 Bahasa, Kamera 12MP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY