Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Kodak Berdepan Risiko Bankrap

Diterbitkan Ogos 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Eastman Kodak, syarikat fotografi berusia 133 tahun, memberi amaran kepada pelabur bahawa ia mungkin tidak dapat bertahan lebih lama selepas mengakui tidak mempunyai pembiayaan atau kecairan mencukupi untuk membayar hutang USD500 juta atau kira-kira RM2.15 bilion yang bakal matang.

Dalam pemfailan rasmi, Kodak berkata keadaan ini menimbulkan keraguan besar terhadap keupayaan syarikat untuk meneruskan operasi.

Bagi mendapatkan tunai, Kodak merancang menghentikan pembayaran kepada pelan pencen persaraan. Syarikat itu menjangka tarif perdagangan tidak memberi kesan besar kerana kebanyakan produk seperti kamera, dakwat, dan filem dihasilkan di Amerika Syarikat.

AFP
Foto: AFP

Walaupun CEO Jim Continenza menegaskan syarikat terus membuat kemajuan terhadap pelan jangka panjang, pasaran tidak begitu yakin di mana saham Kodak (KODK) menjunam lebih 25% pada sesi dagangan tengah hari Selasa.

Kodak, yang pernah menguasai 90% pasaran filem dan 85% pasaran kamera di AS pada 1970-an, gagal menyesuaikan diri dengan era digital walaupun menjadi pencipta kamera digital pertama pada 1975.

Syarikat itu pernah memfailkan muflis pada 2012 dengan hutang sekitar RM29 bilion. Kini, dengan beban hutang besar dan aliran tunai yang semakin terhad, kebangkitan semula Kodak sekali lagi berada di ambang krisis.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Sony RX1R III Dilancar – Kamera Kompak Bingkai Penuh Dengan Sensor 61MP
  • DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 - Harga Bermula RM1,879

Sumber: cnn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY