Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data breach

Australia Naikkan Denda Sehingga Lebih RM152 Juta Bagi Pencerobohan Data

Diterbitkan Disember 1, 2022 oleh Amalina Athman

Parlimen Australia kini dilapor telah meluluskan rang undang-undang untuk meminda perundangan privasi negara, dengan meningkatkan penalti maksimum kepada AU$50 juta (~RM152 juta) bagi syarikat dan pengawal data yang mengalami pelanggaran data berskala besar.

Penalti kewangan yang diperkenalkan oleh rang undang-undang Australia yang baharu ditetapkan kepada mana-mana yang lebih besar daripada berikut:

  • AU$50 juta
  • Tiga kali ganda nilai mana-mana faedah yang diperoleh melalui penyalahgunaan maklumat
  • 30% daripada perolehan larasan syarikat dalam tempoh yang berkaitan

Sebelum ini, penalti untuk pencerobohan data yang teruk adalah hanya sekitar AU$2.22 juta (~RM6 juta), yang mana ia dianggap tidak mencukupi untuk syarikat menambah baik mekanisme keselamatan data mereka.

Berkaitan

  • Keperluan Data Dunia Terlalu Tinggi, Saintis Perkenalkan 2 Unit Pengukuran Baharu
  • Tidak Sedar Data 500 Juta Pengguna Dicuri, Meta Didenda Lebih RM1 Bilion
  • Meta Nafi Laporan Berkenaan Ketirisan Data Melibatkan 11 Juta Akaun WhatsApp Dari Malaysia

Menurut BleepingComputer, rang undang-undang baharu itu dibuat sebagai tindak balas kepada siri serangan siber baru-baru ini terhadap syarikat Australia, termasuk perisian tebusan dan pelanggaran rangkaian. Ia telah mengakibatkan pendedahan data yang sangat sensitif untuk jutaan pengguna di negara itu.

Kerajaan Australia turut menjelaskan pelanggaran privasi yang ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah menunjukkan perlindungan sedia ada sudah lapuk dan tidak mencukupi.

Dengan penalti yang lebih besar ini, ia memberi mesej yang jelas kepada syarikat besar bahawa mereka mesti melakukan lebih baik bagi melindungi data yang dikumpulkan.

Selain daripada menetapkan denda yang lebih tinggi, rang undang-undang baharu itu juga memberi kuasa yang lebih besar kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat Australia (OAIC) untuk lebih terlibat dalam penyelesaian pelanggaran privasi dan proses penentuan skop.

Sudah tentu, tindakan Australia untuk menaikkan denda ini adalah langkah yang baik kerana pelanggaran data merupakan isu yang serius dan tidak boleh dipandang enteng.

Gambar utama: Techopedia

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY