Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VACCINE COVID

KJ Nasihatkan Agar Warga Emas Dapatkan Vaksin Dan Dos Penggalak Menjelang Ramadhan

Diterbitkan Mac 17, 2022 ยท Dikemas kini Mac 17, 2022 oleh Faiz Munir

Kurang 3 minggu lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Oleh itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihatkan agar warga emas untuk mengambil vaksin dan dos penggalak Covid-19 menjelang Ramadhan sebagai perlindungan diri.

Sebentar tadi, beliau ada menciapkan graf di laman Twitter menunjukkan kadar kematian warga emas yang tiada vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi. Semalam sahaja, sebanyak 105 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana2 sekarang. Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh. Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah.

— Khairy Jamaluddin ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ (@Khairykj) March 17, 2022

Menurut beliau, warga emas akan beramai-ramai ke masjid pada bulan Ramadhan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Oleh itu, beliau merayu agar golongan ini untuk mengambil vaksin dan dos penggalak sebagai ikhtiar dan tawakal kepada Pencipta untuk melindungi diri daripada wabak ini.

“Kapasiti hospital atau unit rawatan rapi (ICU) terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal” tambahnya lagi.

Sumber: Khairy Jamaluddin

Foto utama: Bernama

Baca juga:

  • Kerajaan Akui 5G Di Malaysia Lambat Banding Negara Lain, Tapi Sasar Liputan 80% Dalam 3 Tahun
  • iPhone Pun Tak Selamat, ‘Scammer’ Jumpa Cara Pasang Aplikasi Hasad Pada Peranti iOS
  • Presiden Ukraine Kena “Deepfake”, Ini Tindakan Dari Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY