Penghujung tahun lalu, aplikasi MySejahtera telah pun memperkenalkan fungsi baharu yang mana menggantikan butang “check out”. Namun, masih ada timbul keraguan dan persoalan berkaitan ciri tersebut.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kekeliruan, Ketua Pusat Data Crisis Preparedness and Response Centre (CRPC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Dr. Mahesh Appannan tampil memperjelaskannya.
Biar saya jelaskan 3 perkara yang mungkin anda persoalkan:
1) Mengapa ada "interaction" walaupun saya duduk di rumah sahaja?
2) Adakah MySJ Trace mendedahkan data saya bila ada "interaction"? (langsung tidak)
3) Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?
— Dr Mahesh Appannan (@maheshappannan) January 2, 2022
Berdasarkan ciapan yang dibuat di Twitter beliau, terdapat tiga soalan yang dipersoalkan, iaitu:
- Mengapa ada interaksi walaupun saya duduk di rumah sahaja?
- Adakah MySJ Trace mendedahkan data pengguna bila ada interaksi?
- Mengapa masih perlu perlu “check-in” dengan imbas kod QR?
Untuk soalan pertama, Dr. Mahesh Appannan menjelaskan bahawa mungkin telefon pengguna sedang mengesan jiran terdekat termasuk tingkat atas, bawah atau unit sebelah memandangkan signal Bluetooth boleh dikesan hingga 10m.
Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pengguna terus menjadi “casual contact” kerana algoritma mengambil kira kekuatan signal. Ia turut disebabkan jumlah “interaction” yang mungkin berbeza antara pengguna dan keluarga walaupun keluar bersama-sama.
Selain itu, signal ini turut bergantung pada banyak faktor yang boleh menghalang signal seperti badan, alat lain, kunci elektronik dan sebagainya serta faktor seperti kedudukan telefon.
Bagi soalan kedua, MySJ Trace langsung tidak mendedahkan data kerana ia hanya disimpan di dalam telefon pintar sahaja. Sekiranya Covid+, pengguna perlu diminta untuk memuat naik sejarah 14 hari agar notifikasi dihantar kepada orang yang dikira kontak rapat.
Penjelasan ini adalah salah sepenuhnya.
Tidak ada apa2 "handshake" atau pertukaran maklumat apabila "interaction" direkodkan.
Ia boleh diumpamakan dengan radio – anda mendengar radio tidak bermaksud pihak penyiar mendapat data anda.https://t.co/dTshzVwJDt
— Dr Mahesh Appannan (@maheshappannan) January 2, 2022
Kaedah ini juga sama digunapakai di negara lain seperti UK dan Singapura.
Soalan terakhir pula, sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat dan tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali mengaktifkan MySJ Trace.
Pun begitu, bukan semua orang menggunakan sistem ini. Jadi, pihak KKMM memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan kluster besar.
Tambah Dr. Mahesh Appannan, gabungan fungsi terbaru ini membolehkan pengesanan kontak secara automatik di samping menjana data yang kritikal untuk pasukan kesihatan awam di KKM.
Oleh itu, kepada anda yang masih belum mengaktifkan fungsi MySJ Trace, diharapkan untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan aktifkannya secepat mungkin.
Sumber: Dr Mahesh Appannan
Baca juga: