Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Sound Diumum, Teknologi Tingkat Kualiti Audio Tanpa Wayar

Snapdragon Sound Diumum, Teknologi Tingkat Kualiti Audio Tanpa Wayar

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada masa kini, penggunaan fon telinga atau fon kepala tanpa wayar semakin diminati ramai. Malah, pelbagai jenis dan harga ditawarkan di pasaran.

Namun, masalah timbul apabila menggunakan aksesori audio tanpa wayar ini adalah sambungan dan latensi.

Oleh itu, bagi menyelesaikannya, Qualcomm mengumumkan Snapdragon Sound yang mana ia adalah teknologi untuk meningkatkan kualiti audio tanpa wayar.

Qualcomm menggunakan latensi Bluetooth 89 milisaat, pembatalan hingar aktif, sokongan untuk audio 24-bit 96kHz dan suara super jalur lebar.

Dengan ini juga, jenama telefon pintar lain boleh mendapatkan lesen untuk penggunaan teknologi ini.

Snapdragon Sound Diumum, Teknologi Tingkat Kualiti Audio Tanpa Wayar

Dikhabarkan Xiaomi dan Audio-Technica adalah jenama pertama yang bakal hadir dengan Snapdragon Sound.

Tambahan lagi, sebuah lencana Snapdragon Sound turut akan dipaparkan pada mana-mana peranti yang menggunakannya.

Selain itu, Qualcomm mengatakan ia akan digunakan pada perkhidmatan penstriman muzik Tidal, Spotify dan juga setiap fon kepala yang menyokong Dolby Atmos.

Melalui pengumuman Qualcomm, mungkin kebanyakan peranti tahun ini dapat memberikan kepuasan bagi golongan gamer dan audiophile.

Sumber: Qualcomm via engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY