Khabar Angin Terbaru Moto G5 Dan G5 Plus

Gambar tertiris telefon Motorola terbaru iaitu Moto G5 dan Moto G5 Plus dusah tersebar di internet. Namun tiada apa yang boleh kami katakan tentang rekaan luar model terbaru daripada Motorola ini. Yang pasti, saiz paparan skrin dan badan model G5 dan G5 Plus tidak ada perbezaan.

 

gsmarena_001

Mengikut laporan, kedua-dua telefon ini akan dibina dengan pemproses octa-core dengan paparan HD penuh berukuran 5.5 inci. Kameranya pula mempunyai sensor bersaiz 5-Megapixel (kamera selfie). Yang membezakan antara kedua-dua telefon ini adalah kamera utama dan ruang storan. Moto G5 akan dilengkapi dengan 13-Megapixel dan 16-Megapixel untuk model G5 Plus. Moto G5 bakal menawarkan 16GB storan dalaman manakala untuk Moto G5 Plus pula akan menawarkan pilihan storan 16Gb atau 32GB.

Pelancaran rasmi untuk model ini dikatakan bakal berlangsung 8 March tahun hadapan. Nama pun khabar angin, pembaca jangan terus percaya bulat-bulat.