Kevin Durant x BAPE x Master & Dynamic - Koleksi Edisi Terhad Fon Kepala Dan Fon Telinga

Baru-baru ini, pemain bola keranjang NBA, Kevin Durant telah bekerjasama dengan A Bathing Ape dan Master & Dynamic. Kolaborasi Kevin Durant x BAPE x Master & Dynamic telah mengeluarkan koleksi edisi terhad Fon Kepala MW65 Tanpa Wayar dan Fon Telinga MW07 PLUS Tanpa Wayar.

https://youtu.be/OcOQ8sCTrlI

Master & Dynamic adalah sebuah syarikat audio premium yang bertapak di New York. Koleksi edisi terhad ini menampilkan Fon Kepala MW65 Pembatalan Hingar Tanpa Wayar dan Fon Telinga MW07 PLUS Tanpa Wayar dalam dua pilihan warna.

Kedua fon kepala dan fon telinga itu bercirikan 'ABC CAMO' oleh BAPE dan camo jingga Studio 35. Bekerjasama dengan pemain NBA Brooklyn Nets, Kevin Durant, jenama Kevin sendiri, Thirty Five Ventures adalah pelabur ekuiti dalam Master & Dynamic.

kevin durant

kevin durant

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Master & Dynamic, Jonathan Levine berkata,
“I first discovered BAPE® years ago traveling through Tokyo with my sons, each whom played a big role in my starting Master & Dynamic. To be able to partner with this bold leader in streetwear is an honor and great fun."

Fon Kepala MW65 Tanpa Wayar menyediakan dua mod pembatalan hingar untuk menyesuaikan bunyi dengan persekitaran dan memberi pendengaran yang jelas dan seimbang. Ia juga direka dengan pemacu Beryllium 40mm yang memberikan perincian bunyi dan muzik dengan baik.



Fon Telinga MW07 PLUS Tanpa Wayar adalah inovasi mewah dengan jangka hayat bateri 40 jam dan Bluetooth 5.0 dengan jarak sambungan 30 meter/100 kaki. Mempunyai susunan mikrofon pengurangan bunyi dan pemacu Beryllium 10mm, model ini memberikan perincian bunyi yang cemerlang.



Koleksi Master & Dynamic x BAPE dalam 'ABC CAMO' dan Studio 35 Camo telah pun dilancarkan pada 25 Julai yang lalu. Anda boleh dapatkan koleksi fon kepala dan fon telinga ini di laman web rasmi us.bape.com atau www.masterdynamic.com.

Sumber: Modern Notoriety

Baca lagi: Swatch x BAPE – Kolaborasi Kedua Dilancarkan 1 Ogos Ini