https://youtu.be/OcOQ8sCTrlI
Master & Dynamic adalah sebuah syarikat audio premium yang bertapak di New York. Koleksi edisi terhad ini menampilkan Fon Kepala MW65 Pembatalan Hingar Tanpa Wayar dan Fon Telinga MW07 PLUS Tanpa Wayar dalam dua pilihan warna.
Kedua fon kepala dan fon telinga itu bercirikan 'ABC CAMO' oleh BAPE dan camo jingga Studio 35. Bekerjasama dengan pemain NBA Brooklyn Nets, Kevin Durant, jenama Kevin sendiri, Thirty Five Ventures adalah pelabur ekuiti dalam Master & Dynamic.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Master & Dynamic, Jonathan Levine berkata,
“I first discovered BAPE® years ago traveling through Tokyo with my sons, each whom played a big role in my starting Master & Dynamic. To be able to partner with this bold leader in streetwear is an honor and great fun."
Fon Kepala MW65 Tanpa Wayar menyediakan dua mod pembatalan hingar untuk menyesuaikan bunyi dengan persekitaran dan memberi pendengaran yang jelas dan seimbang. Ia juga direka dengan pemacu Beryllium 40mm yang memberikan perincian bunyi dan muzik dengan baik.
Fon Telinga MW07 PLUS Tanpa Wayar adalah inovasi mewah dengan jangka hayat bateri 40 jam dan Bluetooth 5.0 dengan jarak sambungan 30 meter/100 kaki. Mempunyai susunan mikrofon pengurangan bunyi dan pemacu Beryllium 10mm, model ini memberikan perincian bunyi yang cemerlang.
Koleksi Master & Dynamic x BAPE dalam 'ABC CAMO' dan Studio 35 Camo telah pun dilancarkan pada 25 Julai yang lalu. Anda boleh dapatkan koleksi fon kepala dan fon telinga ini di laman web rasmi us.bape.com atau www.masterdynamic.com.
Sumber: Modern Notoriety
Baca lagi: Swatch x BAPE – Kolaborasi Kedua Dilancarkan 1 Ogos Ini
Berkaitan
- HONOR Bagi 'Teaser' Telefon Baharu, Rekaan Estetik Dengan Tiga Kamera
- Mungkin Tahun Ini Lebih Banyak Pelancaran Telefon OnePlus
- Digi Perkenal Pelan Prabayar RM20, Internet Sosial Tanpa Had
- Google Kini Uji Pantau Kesihatan Menggunakan Telefon Pintar Sahaja
- Swatch x BAPE - Kolaborasi Kedua Dilancarkan 1 Ogos Ini
- Xiaomi Mula Hantar Telefon Buatan Vietnam, Malaysia Antara Terlibat
- Samsung Hadap Saman, Guna Teknologi Bateri Telefon Pintar Tanpa Izin
- Golongan Tanpa 'Booster' Dibenarkan Memasuki Premis Dengan Satu Syarat
- BAPE x Clarks Originals, Akan Datang Tidak Lama Lagi
- Tiada Lagi Kamera Zeiss Pada Telefon Nokia Selepas 16 Tahun