Swatch telah mengumumkan kolaborasi keduanya bersama jenama pakaian jalanan Jepun, A Bathing Ape. Swatch x BAPE akan mengeluarkan tiga rekaan jam tangan yang bakal dilancarkan kepada umum pada 1 Ogos.

Pelbagai influencer dari seluruh dunia telah dipilih untuk membintangi kempen Swatch x BAPE. Individu-individu dari pereka fesyen hingga pemain permainan profesional dan seorang Youtuber ini memperjuangkan mentaliti juara yang mendorong batasan mereka sendiri.

Kempen ini memfokuskan penceritaan yang memberi inspirasi dari individu di seluruh dunia ketika berjuang menghadapi kesusahan. Ia juga merangkumi wawancara dari sebilangan penggiat global, termasuk Sherlina Nym, blogger fesyen dari Hamburg, Masa, pereka fesyen dari Tokyo, Brawks, pemain permainan profesional dari Paris, Dani, DJ dan blogger dari Berlin, AJ, penyampai TV dari London, Chad, pemain BMX dari California, Carmie, Youtuber dari London, dan Matthias, juga pemain BMX dari Paris.

IKLAN

Setiap wawancara tersebut akan dikongsikan di laman rasmi Instagram Swatch dari 23 Julai hingga 4 Ogos. Koleksi Swatch x BAPE ini akan dilancarkan pada 1 Ogos dan akan mula berada di pasaran pada 6 Ogos.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Swatch.

Sumber: Highsnobiety

Baca lagi: Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal