Ketahui Sekiranya Akaun Facbook Anda Pernah Di "Hack"

Sangat merbahaya sekiranya akaun media sosial anda di godam ataupun di akses secara rahsia oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai perkara buruk boleh terjadi, antaranya seperti fitnah dan penyebaran gambar serta video yang memalukan.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah untuk mengenal pasti sama ada akaun Facebook nada pernah diakses oleh orang lain.

Langkah 1

Masuk ke menu setting dan pilih "Security anda login".



Langkah 2

Maka paparan peranti yang pernah digunakan untuk mengakses ke akaun anda akan dipaparkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah, semak sekiranya ada peranti dengan lokasi diluar kawasan anda pernah melakukan daftar masuk ke akaun facebook anda.



Langkah 3

Sekiranya anda mengesyaki ada akses daripada peranti yang tidak dikenali, segeralah nak taraf kata kunci.



 

Kebanyakan kejadian akaun Facebook digodam adalah disebabkan oleh penetapan kata kunci yang "lemah". Apa yang boleh kami cadangkan ialah, gandakan keselamatan dengan memasukkan nombor telefon sebagai "back up" atau jadikan sahabat baik ataupun orang yang anda percayai sebagai "sandaran" sekiranya akaun anda telah di "hack". Semua ciri-ciri tersebut ada dalam "setting" akaun Facebook anda, rajin-rajin lah "explore" ya. sekian, semoga bermanfaat.