Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesatuan Eropah Kaji Peraturan Melarang Iklan Di Dalam Aplikasi

Kesatuan Eropah Kaji Peraturan Melarang Iklan Di Dalam Aplikasi

Diterbitkan Januari 11, 2017 · Dikemas kini Januari 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perkhidmatan mesej dalam talian, seperti contoh WhatsApp, iMessage, dan Gmail bakal menghadapi peraturan ketat. Buat masa sekarang, Kesatuan Eropah sedang mengkaji peraturan yang akan menghalang syarikat-syarikat berkenaan dari meletakkan iklan secara rawak.

Peraturan baru ini memerlukan syarikat-syarikat OTT (over-the-top) memastikan maklumat pelanggan terjaga. Mereka juga dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran pengguna sebelum meletakkan iklan didalam perkhidmatan. Untuk pengetahuan anda, OTT merupakan singkatan kepada Over-The-Top yang bermaksud pengiriman data melalui internet. Ia menggantikan kaedah lama penghantaran data seperti contoh SMS dan MMS.

Selain dari itu, terdapat cadangan untuk mengharuskan pelayar web meminta kebenaran pengguna mengenai penggunaan cookies. Cookies merupakan fail bersaiz kecil yang menyimpan maklumat ketika anda melayari laman web berfungsi untuk mempercepat masa interaksi anda dengan laman web yang dikunjungi.

Dijangka dengan peraturan baru yang akan diperkenalkan nanti, syarikat-syarikat berkenaan akan mengalami sedikit kesukaran dalam menjana keuntungan menerusi iklan. Semua sudah maklum bahawa syarikat atas talian bergantung dengan iklan untuk menjana pendapatan.

Cadangan peraturan tersebut masih lagi dalam peringkat perbincangan dan perlu mendapat persetujuan Parlimen Eropah dan negara-negara anggota sebelum digubal.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY