Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesatuan Eropah Cadang Telefon Pintar Tanpa Aplikasi Pra-Pasang

Kesatuan Eropah Cadang Telefon Pintar Tanpa Aplikasi Pra-Pasang

Diterbitkan Oktober 3, 2020 oleh Helmi Samsuri

Saat membuka telefon pintar atau komputer riba baru, kita pasti melihat deretan aplikasi pra-pasang tersedia dihalaman skrin. Ada yang boleh dinyahpasang dan selebihnya mungkin tidak pernah digunakan langsung oleh pengguna.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) dilapor bakal mengusulkan undang-undang disebut dipanggil sebagai Digital Services Act. Akta tersebut difahamkan akan mengehadkan kekuasaan sesebuah syarikat teknologi. Ia termasuklah cadangan dimana, telefon pintar serta laptop tidak perlu aplikasi pra-pasang. Pemilihan untuk pemasangan aplikasi perlulah diserahkan kepada pengguna.

Selain itu, antara perkara yang akan dipertimbangkan adalah aktiviti yang memihak kepada diri sendiri. Contohnya seperti Google yang didakwa, menyenaraikan perkhidmatan dan halaman web pesaing lebih rendah dari produk tawaran mereka.

Perkara ini masih lagi dalam perbincangan sebelum dibawa kepada proses undian kesatuan tersebut. Ia dijangka akan diusulkan sebelum tahun 2020 berakhir.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY