Kerajaan Umum Pemberian RM50 Untuk e-Dompet

Melalui Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disampaikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan inisiatif ePenjana.

Melaluinya, rakyat Malaysia bakal menikmati RM50 yang akan dikreditkan pada e-Dompet. Selain itu, ia turut dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Ia akan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas serta mempunyai pendapatan tahunan kurang RM100,000 setahun.

Buat masa sekarang, masih belum dimaklumkan lagi platform e-Dompet mana yang akan terlibat. Dibandingkan dengan program terdahulu iaitu eTunai Rakyat, insentif sebanyak RM30 telah diberikan dan ia melibatkan e-Dompet seperti Touch n' Go, Grab dan Boost.