Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antivirus Kasperksy Percuma Untuk Semua Pengguna PC Di Seluruh Dunia

Kerajaan Jerman Melarang Penggunaan Perisian Antivirus Kaspersky

Diterbitkan Mac 16, 2022 ยท Dikemas kini Mac 16, 2022 oleh ariff bukhari

Kerajaan Jerman menerusi Jabatan Keselamatan Maklumatnya (BSI) telah mengeluarkan amaran terhadap syarikat-syarikat supaya mengelakkan daripada menggunakan perisian antivirus Kaspersky.

Ia berikutan ancaman yang dibuat Russia terhadap Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Jerman.

Ia juga berikutan syarikat perisian antivirus yang berpangkalan di Moscow Russia itu dipercayai menawarkan perkhidmatan keselamatan kepada infrastruktur teknologi maklumat Russia.

BSI menerusi kenyataan medianya menjelaskan, perisian antivirus secara tipikalnya mempunyai akses mendalam ke atas sistem operasi Windows bagi tujuan perlindungan daripada virus komputer.

Tambahan pula, ciri perlindungan masa sebenar yang ada pada perisian itu membolehkan pembangun perisian itu memuat naik fail-fail diragui secara kawalan jauh untuk dianalisis.

Sekaligus dibimbangi pembangun perisian antivirus itu mungkin menyalah gunakan ciri tersebut bagi mengakses data sulit yang disimpan di dalam komputer.

BSI menegaskan, walaupun Kaspersky sebuah periaian yang dipercayai, tetapi ia tetap patuh pada ketetapan dan undang-undang Russia termasuklah membenarkan agen kerajaan itu mengakses data sulit komputer.

Oleh itu BSI mendakwa berkemungkinan Kaspersky berpotensi dipaks oleh pihak risikan Russia menjalankan serangan siber atau aktiviti-aktiviti pengintipan.

Respon terhadap dakwaan itu, jurucakap Kaspersky menerusi satu kenyataan menyatakan arahan BSI sebagai satu tindakan yang lebih bemotifkan politik berbanding penilaian teknikal ke atas produk mereka.

Sumber: BleepingComputer

Baca juga:

  • Pelajar Di Negara-Negara Asia Tidak Suka Belajar Secara Atas Talian – Kaspersky
  • Kaspersky Sedang Bangunkan Telefon Kalis Godam Mereka Sendiri
  • Kaspersky Ajar Ibu Bapa Cara Jaga Keselamatan Anak-Anak Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY